Salam sejahtera. Arkedsutera.com bukan sekadar menjalan perniagaan batik sutera secara online, tetapi kami juga menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial. Ini adalah bagi membantu untuk membangunkan dan menyokong aktiviti pembangunan Ummah. Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembeli
kerana dengan pebelian anda,dapat kita sama-sama membantu dan menghulurkan sumbangan kepada golongan-golongan yang memerlukan bantuan dan sokongan tersebut. Semoga sumbangan ikhlas anda semua diberkati dan diterima oleh Nya. Sekiranya
anda mempunyai cadangan mengenai institusi yang memerlukan bantuan sila maklumkan kepada kami melalui borang yang
terdapat pada halaman "CONTACT US". Disini kami juga meletakkan no telepon dan nombor akaun institusi tersebut bagi yang ingin menyumbang terus kepada mereka. Terima Kasih. |
||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Activiti : 1 Jan 15'- 28 Feb 15'- menyumbang kepada Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Umm.
|
Alhamdullillah sebanyak RM835 berjaya dikumpulkan sepanjang kempen jualan dijalankan selama 2 bulan bermula 1 Jan 2015 hingga 28 Feb 2015. Sebanyak RM4 disumbangkan ke Ma'ahad bagi setiap pasang kain yang terjual. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pembeli dan penyumbang samada anda sedar atau pun tidak. Insya Allah pihak kami akan menyampaikan kutipan tersebut dalam masa terdekat bila dapat berjumpa ustaz. Terima kasih sekali lagi dari team ArkedSutera. |
|||||||||||||||
Activiti : 1 Jan 14'- 28 Feb 14'- menyumbang kepada Pusat Jagaan OKU NUR. Latar Belakang CIMB Bank : PUSAT JAGAAN TITIAN OKU NUR Penyumbang
|
Alhamdulillah sebanyak RM450 telah berjaya dikumpulkan hasil jualan dan kempen bermula 1 jan 2014 dan berakhir pada 28 Feb 2014. Sebanyak RM3 disumbangkan ke Rumah OKU NUR bagi setiap pasang kain yang terjual. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pembeli dan penyumbang samada anda sedar atau pun tidak. Insya Allah pihak kami akan menyampaikan kutipan tersebut dalam masa terdekat dan kami akan paparkan gambar-gambar semasa lawatan tersebut. Terima kasih sekali lagi dari team ArkedSutera. Team ArkedSutera telah melawat Pusat Jagaan OKU Nur pada 29 April 2014 dalam jam 4.00 petang. Walaubagaimanapun kami tak dapat berjumpa dengan Pn Normah walaupun telah dimaklumkan pada beliau akan kedatangan kami kerana beliau ada urusan yang lebih penting di Rawang. Kebetulan pembantu beliau juga berada diluar pada masa tersebut. Kami hanya ditemani oleh seorang abang yang juga merupakan penghuni rumah tersebut. Terima kasih abang atas kemesraan anda walaupun anda tidak mengenali kami dan anda seorang yang istimewa. Sumbangan anda semua telah disampaikan secara online transfer. Sila lihat resit transer tersebut dibawah. Gambar-gambar lain semasa lawatan untuk tatapan anda semua.
|
|||||||||||||||
Activiti : 1 Sept - 31 Okt 13'- menyumbang kepada Maahad Tahfiz At-Taqwa, Bandar Baru Ampang. Penyumbang |
Syukur kepada Allah, sebanyak RM390 telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan pembeli. RM3 disumbangkan kepada pusat tahfiz ini bagi setiap pasang kain yang terjual. Terima kasih kepada semua yang menyumbang dan moga rezeki anda diberkati Allah. Untuk Pengetahuan, RM500 telah disampaikan ke Pusat Tahfiz melalui En. Muhammad Hatta pada 3 Disember 2013. Ada seorang hamba Allah yang murah hati menyumbang sebanyak RM100. Semoga beliau dimurahkan rezeki dan diberi kelapangan dan juga moga segera memperolehi cahaya mata ;). Jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau dan semua.
|
|||||||||||||||
Activiti : 1 Jun 13- 15 July 13'- menyumbang kepada Madrasah Nurul Islah, Baling Kedah. Madrasah ini telah musnah dalam kebakaran pada bulan April 2013 yang lalu dan mereka memerlukan dana bagi membina semula prasarana. Madrasah Nurul Islah Sumbangan juga boleh disalurkan terus kepada:- Penyumbang
|
Sumber: Sinar Harian: http://www.sinarharian.com.my/15-pondok-madrasah-nurul-islah-di-baling-musnah-terbakar-1.154390 Sumber:Blog duniaitu: http://duniaitu.blogspot.com/2013/04/madrasah-musnah-sekelip-mata.html Berita TV Al-Hijrah juga menyiarkan berita tersebut pada malam kejadian. Syukur, sepanjang satu bulan setengah dari 1 Jun hingga 15 Julai 2013, sejumlah RM375 telah berjaya dikumpulkan. Sumbangan telah disampaikan pada 20 Julai 2013 secara online transfer. Sila lihat resit pindahan dibawah. Terima kasih kepada semua yang menyumbang dan moga rezeki anda diberkati Allah. |
|||||||||||||||
Activiti : Apr 13'-Mei 13'-menyumbang kepada Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha. Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke- Sumbangan cek boleh dibuat atas nama Muassasah Darul Fuqaha dengan no akaun Bank Islam 12029010049358 atau berhubung dengan pegawai di talian 019-2677703 (Ust Azlan) atau 03-89267762. Alamat: lot 3283, Jalan IPIS, Sungai Merab Luar, Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia. Penyumbang |
Syukur, sepanjang bulan April-Mei 2013, sejumlah RM993 telah berjaya dikumpulkan. Pihak kami akan manyampaikan sumbang ini secepat mungkin bila ada kelapangan nanti. Terima kasih kepada semua yang menyumbang dan moga rezeki anda diberkati Allah.
|
|||||||||||||||
Activiti : Mac 13' -menyumbang kepada Rumah Kasih Sayang-http://www.rumahkasihsayang.com/v2/ Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke- Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
|
![]() ![]() ![]() Pusat Kebajikan Yang Menaungi Anak Yatim, Fakir Miskin serta Asnaf Zakat, Pusat Bimbingan, Latihan & KaunselingSyukur, sepanjang bulan Mac 2013, sejumlah RM595 telah berjaya dikumpulkan. Pihak kami akan manyampaikan sumbang ini secepat mungkin bila ada kelapangan nanti. Terima kasih kepada semua yang menyumbang dan moga rezeki anda diberkati Allah.
|
|||||||||||||||
Activiti : Jan 13' -menyumbang kepada rumah asuhan- Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke-
|
Raudhatul Ikhwan adalah sebuah rumah kebajikan yang telah dibuka pada awal 2009 dibawah pendaftaran SA0117579 – M, yang beralamat No 15-1, Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13, 40150 Shah Alam Selangor Darul Ehsan. Arkedsutera telah melawat ke Rumah Asuhan Raudhatul Ikhwan pada 6 Mac 2013 yang bertempat di No 5, Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13 Shah Alam dan menyampaikan sumbang berjumlah RM200 hasil jualan (dan sumbangan pihak-pihak lain) dalam bulanJan 2013. Dilampirkan gambar lawatan untuk tatapan anda semua. Jutaan terima kasih diucapkan. Untuk keterangan lanjut boleh berhubung terus dengan warden Puan Nadia, H/P:017-300 2351,
|
|||||||||||||||
Aktiviti Dec 2012 - menyumbang kepada tabung Aman Palestin Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke- Bank Islam: 12029010047880 Penyumbang:
|
Sebanyak RM200 berjaya dikumpulkan hasil jualan sepanjang bulan Disember 2012. Terima kasih kepada semua pembeli dan penyumbang. Sumbangan akan disampaikan dalam masa terdekat kepada tabung Aman Palestin. Sumbangan telah disampaikan secara online bank transfer seperti resit yang di lampirkan dibawah. Terima kasih semua penyumbang. ![]() |
|||||||||||||||
Activiti : Oct 12' - Nov 12' : Menyumbang kepada rumah -
|
Kami amat bersyukur kerana sejumlah RM580 telah berjaya dikumpulkan sepanjang tempoh 2 bulan kempen membeli sambil menderma dijalankan. Insya Allah kami akan menyampaikan sumbangan anda dalam masa terdekat dan update bahagian ini dengan gambar-gambar tersebut. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang dan semuga sumbangan anda ini dibalas Allah dengan melipatgandakan rezeki anda semua. Untuk pengetahuan ini merupakan kutipan terbanyak setakat ini sejak penubuhan arkedsutera.com.
|
|||||||||||||||
Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke- Penyumbang:
|
Sejumlah RM245 telah berjaya dikumpulkan sepanjang tempoh 4 bulan, hasil sumbangan pembeli yang membeli dari butik online kami. Semoga sumbangan anda diterima oleh Allah dan anda semua mendapat keberkatan. Pihak Arkedsutera telah melawat Rumah Amal Al-Firdaus pada Isnin, 8 Oktober 2012 pada jam 6.20 ptg. Anak-anak ceria menyambut kehadiran kami. Dilampirkan gambar untuk tatapan pembeli yang juga merupakan penyumbang. Terima kasih semua. ![]() ![]() |
|||||||||||||||
Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke Penyumbang
Terima kasih kepada semua penyumbang dan pembeli. Sejumlah RM175 berjaya dikumpulkan dan akan dimajukan ke Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan nanti.
|
![]() ![]() ![]() Disebabkan kekangan masa dan beban tugas yang tinggi, pihak arkedsutera tidak dapat berkunjung ke rumah amal Darul Aminan. Walaubagaimanapun kami telah menyampaikan sumbangan secara bank transfer. Resit bank transfer adalah seperti dilampirkan dibawah. ![]() |
|||||||||||||||
Activiti : Dec 11' - Jan 12' :
menyumbang kepada Madrasah tahfiz-
Terima kasih kepada semua penyumbang dan pembeli. Sejumlah RM220 berjaya dikumpulkan dan telah dimajukan ke Madrasah Al-Yamani |
![]() ![]() ![]() ArkedSutera telah melawat Madrasah Al-Yamani di Kg. Baru pada 21 Feb 2012 dalam jam 3.30ptg. Semua sumbangan berjumlah RM220 telah disampaikan kepada Ustaz Fadzli dirumah beliau juga di Kg Baru, Kuala Lumpur. Di bawah adalah gambar yang telah diambil semasa lawatan. Kepada sesiapa yang mempunyai rezeki lebih, boleh lah membantu madrasah ini kerana mereka memang memerlukan bantuan kita dengan menghubungi terus Ustaz atau bank-in kedalam akaun madrasah. ![]() ![]() Asrama Lelaki ![]() ![]() Kelas Tahfiz -pelajar sedang menghafaz Al-Quran |