PANDUAN PEMBAYARAN SECARA ONLINE

 

Kami menggunakan Payment Gateway daripada pihak BillPlz. Syarikat Malaysia yang beralamat di Shah Alam. Boleh Google detail syarikat jika perlu.

Pembelian adalah sangat mudah, mungkin lebih mudah daripada sistem pembelian dalam talian kedai online popular dunia lain.

DALAM CONTOH INI, PELANGGAN INGIN MEMBELI KAIN DENGAN KOD MM-10.

1. Klik/Tekan Pautan "Buy Now:RM290" di bawah kod MM-10 seperti yang di tandakan dalam gambar di bawah.

 

2. Anda akan di bawa ke laman selamat (secured site) BillPlz seperti di bawah. Anda boleh lihat nama syarikat kami dan pendaftaran, no telepon dan email seperti yg biasa anda gunakan untuk berhubung dengan kami.

Anda juga boleh melihat perincian seperti berikut di laman pembayaran tersebut:
A-
Kempen Jualan : Special Promo - Harga Diskaun & Free Pos
B-Kod Kain : Sila Pastikan Sama Spt Kod Kain Yang Di Kehendaki (dikhuatiri jika salah klik)
C-Harga yang di tawarkan.

 

3. Sila isi data-data yang penting untuk urusniaga seperti di bawah.
A- Nama Penerima Parcel
B- No. Phone
C- Alamat Penghantara.
D- Email : Boleh juga diisi jika mau.
E- Tekan/Klik Butang "PAY"

 

3. Anda di bawa ke laman untuk memilih perbankan internet anda seperti bulatan hitam.
Dalam contoh ini, pelanggan memilih untuk membayar dengan menggunakan Maybank2U.
Klik Logo Maybank2U dan klik Butang "Pay"

 

4. Anda akan ke portal perbankan internet anda (seperti pilihan anda pada langkah3).
Sila Login.



5. Setelah masuk ke portal perbankan internet, Sila Pilih Akaun dan Klik/Tekan butang "Continue".



6. Selesai urusan dalam talian, pastikan anda lihat Status : Successful seperti kotak di bawah.
Anda boleh klik "Print Receipt" jika mahukan resit transaksi atau boleh terus Tekan/Klik Butang "Continue With Transaction"

 

7. Selesai Urusniaga anda akan dapat resit daripada Payment Gateway BillPlz seperti di bawah.
Pihak kami akan menerima notifikasi dalam bentuk email dan juga notifikasi di merchant console kami daripada BillPlz. Jika anda letakkan email anda dalam langkah 3, anda juga akan menerima notifikasi dalam bentuk email.

8. Selesai urusniaga, kami akan hantar pesanan dan maklumkan tracking kod parcel kepada anda melalui WhatsApp.

TERIMA KASIH DAN SELAMAT MEMBELI BELAH.