Terima Kasih kepada semua yang mempercayai dan membeli daripada kami. Bagi memudahkan urusan pembayaran anda dengan menggunakan kredit kad, dilampirkan kaedah dan juga panduan ringkas untuk anda fahami. Semoga dengan panduan ini anda dapat membeli belah dengan penuh keyakinan dan juga lapang dada. Terima Kasih.

1.
Klik pada LOGO "ADD TO CART" yang terletak pada bahagian bawah gambar kain yang anda ingin beli.

*NOTA-sila pastikan anda telah book kain tersebut terlebih dahulu daripada kami.
2.
Anda akan masuk ke laman "Shopping Cart" seperti ini. Sila pastikan pesanan anda dan harganya betul. Klik butang "Checkout" untuk teruskan.

*Note jika anda ingin membatalkan pesanan, klik " X" pada label "batik sutera crepe"
3.
Seterusnya anda akan masuk ke laman "Delivery and Payment" seperti ini. Sila isikan detail ke dalam ruangan yang disediakan dengan lengkap. Sila pilih kaedah pembayaran yang anda kehendaki, sama ada secara internet banking atau menggunakan kredit kad. Selepas itu sila klik butang "Place Order"

4. Anda akan masuk ke laman "Your Confirmation" Sila pastikan semua informasi yang dipaparkan adalah betul. Jika betul, klik butang "Pay Now".
5. Anda akan masuk ke laman "TM Payment Gateway" Sila isi detail mengenai kredit kad anda dengan betul dan klik butang "Submit".
6.
Sila Tunggu sebentar...
7.
Anda akan ke laman bank pengeluar kad kredit anda dan masukkan 6 digit kod MSOS yang dihantar ke Handphone anda. Selepas anda masukkan 6 digit kod MSOS tersebut, klik butang "OK".

8.
Tunggu sekejap sekali lagi... dan jangan tekan butan back atau sebarang butang hingga ada akan nampak paparan seperti dibawah jika urusniaga telah berjaya.

9.
Apabila urusniaga anda berjaya, anda akan melihat akan dapat paparan seperti di sebelah dengan "Transaction Message : Transaction approved"

Lepas tu anda boleh tekan butang "Back To Merchant" untuk kembali ke halaman utama website.

Bagi setiap urusniaga yang berjaya, kami akan dapat notifikasi email yang menyatakan urusniaga anda telah berjaya.

TERIMA KASIH DAN SELAMAT BERSHOPPING

Sila maklumkan sebarang kekeliruan kepada kami di arkedsutera@gmail.com untuk kami tambah baik laman ini.